Appreciation Ceremony – East Coast Flood Relief 2015
Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil – Misi Bantuan Kemanusian Banjir Pantai Timur Malaysia
OPEN CASTING untuk sesi pengambaran 2 telemovie yang akan dijalankan bulan OGOS ini..Terbuka kepada semua berumur 8 ke 55 tahun lelaki & perempuan. Sila bawa sekeping gambar berukuran 4R atau 3R. Bertempat di 2606 Skyline Pictures Studios Jalan puteri 4/8 Bandar Puteri Puchong 47100 pada 14HB JUN dari jam 2pm-6pm.
Seorang Crew ( Abd karim nasir .no Ahli Profima 10828 ) yg sedang bertugas dibawah Sdr Nuad ( Pengarah ) telah kembali kerahmathullah selepas penggambaran pagi tadi.
Alfathihah
Makluman kepada semua ahli PROFIMA…Buat masa ini ahli -ahli membayar insurance sebanyak RM 35.00 seorang. Kini insurance telah pun dikenakan GST sebanyak 6%, walau bagaimanapun GST 6% ini akan ditanggung oleh PROFIMA
SEBELUM ini beberapa nama popular dan puluhan lagi petugas dalam bidang sinematografi dunia perfileman Malaysia bernaung di bawah persatuan yang dikongsi bersama krew filem lain menerusi Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA).
Namun, kini mereka yang bergelar Pengarah fotografi (DOP), camera operator, videographer dan apa saja berkaitan kerja kamera dan sinematografi kini bernaung di bawah persatuan baru yang ditubuhkan, Malaysian Society of Cinematographers (MySC).
Justeru, MySC akan bertanggungjawab terhadap golongan ini dan tugas itu diserahkan secara rasmi oleh PROFIMA secara simbolik ‘perpisahan’ menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MySC di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.
MoU itu ditandatangani Kapten (K) Khir Mohd Noor yang juga Presiden PROFIMA dan Presiden MySC, Syed Ismail Syed Ahmad, selain wakil PROFIMA seorang lagi ialah Datin Rusila Hashim, manakala MySC diwakili Mohd Filus Ghazali.
MoU itu disaksikan Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman. Hadir sama, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat FINAS, Datuk Fauzi Ayob dan Pengarah Pemasaran & Inovasi FINAS, Azmir Abdul Mutalib.
MoU itu sebagai tanda rasmi persetujuan bersama PROFIMA yang tidak lagi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ahlinya yang terbabit dalam bidang sinematografi, termasuk DOP, Videografer dan Camera Operator.
Dalam ucapannya, Khir menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan penubuhan MySC yang lebih memfokus kepada penggiat filem dalam bidang sinematografi atau videografi.
“MySC kini bertanggungjawab untuk mereka dalam cluster sinematografi tetapi PROFIMA akan terus sedia membantu dan bekerjasama seperti menganjurkan bengkel atau acara berkaitan ilmu. Kini juga kami sedang berbincang bersama mengenai tangga gaji mereka dalam bidang ini.
“Jadi, diharapkan kewujudan MySC akan lebih memudahkan, membuat kajian secara mendalam untuk penambah-baikan sebelum kertas cadangan dihantar kepada produser, FINAS dan stesen TV. PROFIMA juga akan memperjuangkan mengenai tangga gaji krew sebab sejak 20 tahun lalu, krew masih mendapat jumlah gaji yang sama, tidak ada peningkatan.
“Dalam PROFIMA, ada banyak bidang, iaitu 102 bidang berkaitan kerja perfileman, jadi selepas bidang sinematografi diambil oleh MySC, ada 101 lagi bidang yang tinggal dalam PROFIMA.
“Kita juga berharap pengurusan FINAS dapat memberi satu ruang dalam kawasan ibu pejabat FINAS ini untuk membolehkan penggiat filem dapat berkumpul dan bertemu untuk berbincang sesama mereka, selain meminta ruang untuk persatuan filem dapat menjual barangan cenderamata,” katanya. – TabS
Friday, May 29, 2015
Akmal Abdullah