Program Kebajikan PROFIMA

AHLI-AHLI PROFIMA DAN MASYARAKAT YANG DIHORMATI
Direct Donation Drive
“Sharing is caring…crew cares”

Seringkali kita dengar atau dimaklumkan akan nasib seseorang krew atau pekerja belakang tabir industri kreatif yang ditimpa musibah seperti penyakit kronik – kanser, stroke, hilang upaya dan kemalangan.

Pertama sekali – ‘Apakah yang kita rasa?’, sekiranya ia berlaku kepada kita.

Dari kes-kes yang telah dikendalikan oleh PROFIMA dibeberapa tahun ini, angka yang memerlukan bantuan meningkat. PROFIMA telah menghulurkan bantuan ehsan kepada mereka yang dilaporkan tetapi terhad kepada suatu amaun sahaja mengikut kemampuan. Sedangkan ada kes yang memerlukan bantuan lanjutan. Maka PROFIMA memerlukan kerjasama dan mohon keperihatinan ahli-ahlinya untuk turut serta sebagai penyumbang kepada krew yang ditimpa musibah. Amaun sumbangan – yang termampu dan IKHLAS.

Apakah kita bersedia untuk mengharungi ketidakpastian yang akan menduga kita dari segi keupayaan fizikal dan wang ringgit?

SELALUNYA KITA BELUM ATAU TIDAK BERSEDIA SAMA SEKALI. Ini hakikatnya!

Maka PROFIMA mengambil inisiatif untuk membantu ahli sebaik mungkin dengan melancarkan program kebajikan iaitu ‘Sayangi Krew’.

Atas dasar kemanusian dan setiakawan, kami di PROFIMA menyeru semua yang membaca risalah ini untuk membantu sesama kita bagi mengurangkan bebanan yang dipikul oleh mereka yang diuji dengan kepayahan dan kesusahan semampu dan seikhlas mungkin. Marilah kita jadikan membantu ini sebagai amalan di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita dapat meletakan sejumlah amaun wang yang kita mampu pada setiap bulan untuk di hadiahkan kepada yang memerlukan, hasilnya sangatlah dinamik dan cantik kepada yang sangat-sangat memerlukan.
Sumbangan hendaklah disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima/pesakit.

PROFIMA hanya bertindak sebagai PENYELARAS program ini dan memantau/susulan keberkesanan program ini.
Semoga keperihatinan tuan dan puan mendapat ganjaran yang baik.

Terima kasih.

Ikhlas,
Datin Rusila Hashim – Setiausaha Agong PROFIMA
Haji Ali Hussin – Pengerusi BIRO KEBAJIKAN PROFIMA/BENDAHARI PROFIMA

*Sila rujuk pautan ini untuk ahli-ahli PROFIMA yang memerlukan bantuan anda: http://www.profima.com.my/kebajikan-profima/

Sumbangan kepada Encik Filus Ghazali.

Encik Ali dan Encik Misnin, menyampaikan sumbangan PROFIMA kepada Encik Filus Ghazali (MySC) di rumahnya, di Paya Jaras. Empat jari kaki beliau telah dipotong, disebabkan oleh penyakit kencing manis yang beliau hadapi. Semua warga kerja PROFIMA amat bersimpati terhadap beliau dan berdoa semoga beliau kembali pulih seperti sediakala.

PROFIMA meeting with PFM, PTVM & PPIFM Feb 2016

26th Feb 2016. Friday 3pm at FINAS.

PROFIMA invited Producers from the industry. (PFM, PTVM & PPFIM) for a discussion meeting regarding the Crew’s wages & contract.

Representative who attended the meeting were from PTVM – TV Producers Association of Malaysia

& PPFIM – Persatuan Penerbit Film Iklan Malaysia.

No representative from PFM came- Film Producers Association .

Issues regarding crew’s minimum rates & crew’s contract were discussed with the producers and will be brought back to their committee for further discussion.

Development on this issues shall be announced once the committee meets up again with the Producers.

 

Appreciation Ceremony – East Coast Flood Relief 2015

Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil – Misi Bantuan Kemanusian Banjir Pantai Timur Malaysia