Program Kebajikan PROFIMA

AHLI-AHLI PROFIMA DAN MASYARAKAT YANG DIHORMATI
Direct Donation Drive
“Sharing is caring…crew cares”

Seringkali kita dengar atau dimaklumkan akan nasib seseorang krew atau pekerja belakang tabir industri kreatif yang ditimpa musibah seperti penyakit kronik – kanser, stroke, hilang upaya dan kemalangan.

Pertama sekali – ‘Apakah yang kita rasa?’, sekiranya ia berlaku kepada kita.

Dari kes-kes yang telah dikendalikan oleh PROFIMA dibeberapa tahun ini, angka yang memerlukan bantuan meningkat. PROFIMA telah menghulurkan bantuan ehsan kepada mereka yang dilaporkan tetapi terhad kepada suatu amaun sahaja mengikut kemampuan. Sedangkan ada kes yang memerlukan bantuan lanjutan. Maka PROFIMA memerlukan kerjasama dan mohon keperihatinan ahli-ahlinya untuk turut serta sebagai penyumbang kepada krew yang ditimpa musibah. Amaun sumbangan – yang termampu dan IKHLAS.

Apakah kita bersedia untuk mengharungi ketidakpastian yang akan menduga kita dari segi keupayaan fizikal dan wang ringgit?

SELALUNYA KITA BELUM ATAU TIDAK BERSEDIA SAMA SEKALI. Ini hakikatnya!

Maka PROFIMA mengambil inisiatif untuk membantu ahli sebaik mungkin dengan melancarkan program kebajikan iaitu ‘Sayangi Krew’.

Atas dasar kemanusian dan setiakawan, kami di PROFIMA menyeru semua yang membaca risalah ini untuk membantu sesama kita bagi mengurangkan bebanan yang dipikul oleh mereka yang diuji dengan kepayahan dan kesusahan semampu dan seikhlas mungkin. Marilah kita jadikan membantu ini sebagai amalan di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya kita dapat meletakan sejumlah amaun wang yang kita mampu pada setiap bulan untuk di hadiahkan kepada yang memerlukan, hasilnya sangatlah dinamik dan cantik kepada yang sangat-sangat memerlukan.
Sumbangan hendaklah disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima/pesakit.

PROFIMA hanya bertindak sebagai PENYELARAS program ini dan memantau/susulan keberkesanan program ini.
Semoga keperihatinan tuan dan puan mendapat ganjaran yang baik.

Terima kasih.

Ikhlas,
Datin Rusila Hashim – Setiausaha Agong PROFIMA
Haji Ali Hussin – Pengerusi BIRO KEBAJIKAN PROFIMA/BENDAHARI PROFIMA

*Sila rujuk pautan ini untuk ahli-ahli PROFIMA yang memerlukan bantuan anda: http://www.profima.com.my/kebajikan-profima/

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *