PROFIMA

PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA (PROFIMA) yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) telah ditubuhkan pada tahun 1993. Pada tahun 2009, PPFM telah membuat penjenamaan semula kepada PROFIMA dan diterajui oleh Kapten Khir Mohd Noor (K) sebagai Presiden. Sehingga 2015, PROFIMA telah mempunyai sebanyak 14,363 orang  ahli berdaftar. Manakala ahli aktif yang berbayar sebanyak 2,178 orang.

PROFIMA mempunyai 101 bidang tugas profesional di balik tabir dan ahli-ahli PROFIMA juga mempunyai latar belakang pendidikan dari peringkat PMR hingga ke PhD. Antara bidang di dalam PROFIMA ialah seperti Line Produser, Director of Photography, Cameraman, Production Designer, Art Director, Production Manager, Stuntman, Sound Engineer, Animator dan pelbagai bidang tugas yang lain.

Penubuhan PROFIMA adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan bertanggung jawab kepada layanan ahli-ahli dari majikan. Sehingga kini PROFIMA telah melahirkan pellbagai tenaga kerja profesional dalam bidang masing-masing dan ada di antara mereka telah mencipta nama dan berkhidmat dengan produksi antarabangsa.

PROFIMA bukan sekadar sebuah persatuan untuk ahli sahaja, malahan PROFIMA juga adalah salah satu persatuan yang menyumbang ke arah pembentukan dan pencambahan ekonomi negara.  PROFIMA juga memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli melalui Anugerah PROFIMA dan membantu ahli-ahli yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perfileman.

PROFIMA juga telah dikenali diperingkat antarabangsa kerana sebelum ini telah bekerjasama dengan pengiat filem dari Hollywood dan Bollywood dalam pelbagai acara seperti lawatan, seminar, kursus, pameran dan festival berprestij.

Presiden PROFIMA

PRESIDEN PERTAMA

Kapten Ab Shukor bin Ab Kadir (B)

PRESIDEN KEDUA

Encik Jamal Maarif

PRESIDEN KETIGA

Kapten Ab Shukor bin Ab Kadir (B)

PRESIDEN KEEMPAT

Encik Syed Mohamed Benyahya

PRESIDEN KELIMA

Kapten Mohammad Khair bin Mohd Noor (K)